Thursday, 19 November 2015

Interview Di Dell

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hello.. Hello..

Lama tak update blog.. Huhuhu... Hari nie cheq ada interview kat DELL.. Nebes baq hang... Security kat Dell memang kuat. Nak masuk kena ada pass..


Nak cerita pasal interview laa.. Contact person namanya Ili Aimi. So cik Ili tu laa yang bawak g ke bilik IV. Masuk dalam bilik IV tu, ada kertas atas meja. So cik Ili tu suh tunggu dalam then jawab kertas yang ada atas meja. Dalam 10 minit orang yang nak IV akan masuk. Nak tau kertas tu apa? Ada 4 gambar, pastu kena buat cerita pendek. Alaa stail skolah rendah nya... Aduh time tu rasa,, lama dah x buat esai2 nie dalam BI.. Dah laa nak lebih dari 150pp.. Blank kejap nak mula cerita. Takpa laa buat2.. Then masuk org yang IV tu, cerita tak habis lagi. Dia tunggu sampai habis. Pastu mula laa sesi IV..

Soalan-soalan IV tu xda laa susah, bergantung pada pengetahuan kita ja.. Antara soalan2 yang dia tanya..
Komponen-komponen dalam komputer
RAM, CPU, NIC, heatsink, panel cable pastu kable2 lain.

Laptop tak dapat nak connect dengan wifi, apa yang perlu buat
Check lampu modem, menyala atau tidak, check kabel internet, tercabut ka, putus ka, pastu restart modem, try connect klu takleh jugak right klik kat internet icon, troubleshoot.

Macam mana kalau cutomer call and complen xleh on laptop/pc, tekan2 power button xleh on
(Sini sangkut sikit, cheq jawab ja mungkin power supply problem, cheq tak brapa pasti cara dia, slalu bawak pi kedai ja..

Macam mana nak hande customer yang tengah bengang sebab engineer yang Dell hantar tak sampai2
Ikut suka hati laa nak jawab macam mna, tapi cheq jawab, bagi customer cool down, akan hantar engineer cepat2, pastu sementara tunggu engineer sampai guide customer dulu.

Ada lagi dia tanya tentang network semua, cheq tak brapa reti sangat, just gtau dia tak blajar sangat bahagian tu semua. Pastu dia tanya bila boleh kerja kalau short listed mcm tu laa. Dia tgk sijil2.. Macam tu jaa.. Nothing scary hahaha. Tapi dia ada sebut la ada peluang untuk di senarai pendek. Apa2 pun bergantung pada pihak atasan. Training provided..

Moga-moga ada rezeki. In Shaa Allah..

Lepas abis IV, dia guide keluar (pintu pakai scan, so kena guide laa).

Itu jaa laa cerita IV kat Dell. Tengok pakerja dia semua santai jaa.. Hihihi..

No comments:

Post a Comment