Tuesday, 19 May 2015

The Pressure Is On

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tekanan kian terasa.... Masa dah makin suntuk dah. Tapi saat-saat macam nie laa dugaan makin bertambah. Lepas satu, satu masalah muncul. Stress ja rasa.

Benda apa? Projek tahun akhir cheq laa.. Cheq buat pembangunan permainan kanak-kanak. has untuk kanak-kanak tadika 3-4 tahun. Buat game tembak-tembak pastu ada belajaq ABC (macam game nokia space battle tu).



Cheq guna platform GAMESALAD. Gamesalad ni software untuk design game atau apps laa.. So, pelan asalnya nak buat komputer game. Masa game siap bulan 4 ari tu, nak publish baru tau kata kena beli yang PRO nya klu nak buat komputer game. Lepas present kat pensyarah, pensyarah suh tambah-tambah sikit, pastu tukaq jadi mobile game, sebab dah xleh publish sebagai komputer game. Kiranya games untuk Android laa..

Lepas ubah-ubah. settle laa semalam (Ahad). Macam-macam masalah timbul. Pensyarah suh tambah learning dalam game. Kononya, tembak huruf, pastu keluar huruf A for Apple.. Haa gitu.. Tapi nak buatnya tak jadi. Tukaq laa cara.. Lepas habis game baru ada learning, A for Apple, B for Ball.. Okay dah settle.

Lepas tu, dah nak buat mobile game kan. Function pergerakkan Spaceship gerak atas bawah nak tembak tu guna keyboard, konon nak buat button kat stage tu utk touch2 atas bawah, Tak boleh jugak, sebab cheq taktau nak link kan spaceship dengan button, Cari tutorial, dapat laa move dengan touch. Touch atas gerak atas. Touch bawah gerak bawah. Settle problem.

Pastu sabtu buat recording minta suara kawan untuk audio A for Apple.... Boleh plak terlupa hurup R! Aduh.. Dah laa nak potong audio tu amik masa 1 whole day. Hari ahad rekod untuk huruf R saja. Edit2 balik game bagi function elok.. Done jam 2 pagi Isnin.

Pastu pagi tadi (Isnin), bukan pagi dalam nak tengahari laa.. Nak try publish. Pastu baca-baca cara nak publish, dapat tau klu nak publish untuk Android kena beli yang PRO jugak bukan takat komputer game sahaja. Gamesalad nie khas untuk MAC dan iOS ja. Sakit nya hati. Nak beli PRO nya klu dua tiga hinggit takpa laa.. $299 kot!!!!

Habaq kat pensyarah, pensyarah kata salah sendiri tak kaji dulu. (Ya,, Memang salah diri sendiri.) Pensyarah suh present ja apa yang ada. Kalau juri tanya pandai-pandai laa jawab. Frustrated betullaa..!

sapa2 boleh tak bagi pinjam macbook n iphone?
atau
sapa2 yang ada akaun Gamesalad PRO, boleh bagi pinjam akaun?
atau
sapa2 boleh belanja $299 tak, nak beli Gamesalad Pro?

Abis laa Projek Tahun Akhir aku...

No comments:

Post a Comment