Monday, 5 January 2015

L.I : Ceritera Hari Ini

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ola.. Okay.. Tatau nak hupdate apa kat blog nie..Cheq nak cerita cikit pengalaman LI laa.. Cerita hari ini.. Buat video lagu guna movie maker..

Jumaat lepas dapat satu tugasan untuk buat video lagu Kolej Komuniti.. Nak masuk lirik semua2 tu laa.. Mula-mula member yang nak buat, tapi dia tak dapat nak buat sebab masalah Movie Maker. So pass kat cheq.

Okay la pagi cheq settlekan laman web dulu. Lepas rehat solat jumaat mula buat. Masuk gambar, masuk lagu. Then ada sorang akak nie (dia pensyarah) datang.

Kak Abby : Buat video nie untuk hari Isnin ka? (Cheq terkejut la.. Mana dan nak siap.)
Cheq : Wey Naim, nak hari Isnin ka?
Naim : A'aa, Pengarah nak hari Isnin.

Mai sorang lagi akak nie (pensyarah jugak), dia yang mintak tolong buat.

Kak Nani : Dan tak nak siap?
Cheq : Tak dan kak. Baru susun gambaq.
Kak Nani : Takpa laa. Isnin guna hat lama dah laa..

Okay itu cerita Jumaat lepas. So, hari ini sambung.. Buh effect, transition dengan text. Buh, buh buh.. adjust adjust. 5 kali ubah2. Okay siap. Ada dua. Satu tulisan dia besaq, satu lagi tulisan kecik sikit. Tunjuk kat bos kecik (penyelia industri), Dia kata ok, tulisan besaq, cuma tukaq gambaq last. Tunjuk kat bos besaq (Pengarah) dia pulak kata nak gambaq-gambaq bagi sesuai dengan lirik. Dalam hati dok kata, macam mana nak cari gambaq yang sesuai dengan lirik. Aduh...

Mula dari lepas rehat sampai pukul 5, cheq dok usha gambaq ja.. Tengok gambaq-gambaq yang banyak. Esok back to square two (bukan square one, sebab lagu dengan lirik dah okay, tinggai gambaq ja). Susun gambaq, buh effect, buh transition.

So, sambung kerja esok..

No comments:

Post a Comment