Friday, 3 October 2014

Latihan Mengajar : Penilaian 1

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nie nak cerita penilaian pertama Latihan Mengajar oleh pensyarah penyelia. Pagi Selasa tu tiba-tiba dapat mesej dari Dr Mai, tanya ada kelas tak ari nie. Cheq reply laa kata ada jam 10.40 sampi 12.00 (Kelas 2 Zeta). Pergh dupdapdupdap. Ahhh, Dr nak mai..Terus perut nie haa memulas laa.. Dah laa xdpat nak pesan kat pelajar.. Pastu tgk relief dapat relief kelas 2 Zeta. Fuh!! Lega dapat laa masuk nak pesan siap-siap.

Masuk kelas tu, (kelas nie nakal sikit) mengeluh plak cheq masuk (kurengnya pelajar). Cheq nak masuk relief jaa pun.. Ada yang siap ajaq pi makmal konon nak sambung blog.. Mana sempat, satu waktu jaa kot.. So, pesan laa siap-siap.

"Pensyarah saya nak datang nilai hari nie, kelas kamu laa jadi 'mangsanya'. Cikgu harap kamu jangan laa masuk lambat, cepat sikit, jangan nakal.' Semua-semua tu laa..

Tapi harap laa depa nak mai awal, dua orang jaa awal, siap salam lagi.. Yang lain lambat. Tapi pesan siap-siap kat Dr Mai, jangan terkejut kalau nudak-budak sembunyi bawah meja. Hahaha.. So, depa nie masuk semua macam budak baik jaa... Bagi signal kat ketua suh bagi salam kat pensyarah..


Mula-mula tu okay, pastu suh laa depa tinggalkan link blog kat padlet. First time guna, amboi. Depa boleh wat citcat dalam tu. Dengan kata-kata L***H bagai.. Ish geram betul. Bagi warning, pastu sambung ngajaq balik, settlekan pelajar-pelajar yang tak ada blog semua. Tengok balik bukan main depa sembang. Naseb bek boleh freeze projektor tu.. Pensyarah gelak jaa.. Tengok depa wat tu, kata kat depa, lepas nie takda Chromebook untuk kamu dah. Hambik kau! Masa depa nak balik kelas, sorang ja pelajar perempuan datang minta maaf atas sikap2 kengkawan kelas.. Tak apa lah.. Huuu..

Pesyarah komen laa, ok laa penilaian. Dr Mai bagi cadangan, supaya lain kali guna padlet untuk tinggalkan link blog tu letak akhir. Bila letak awal depa main, tuka letak akhir, jadi xda laa pelajar nak main-main. Pastu ada laa lagi komen-komen yang bernas (aaceehhh).. Hihihi.. Lega sikit Penilaian pertama dah abis. Sebab penilaian pertama nie dikira agak lewat pensyarah datang. Huuuu.

No comments:

Post a Comment