Monday, 8 September 2014

HARI KELUARGA SMK DOB

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hmm sejak2 LM nie tak sempat nak update blog. Angan ja lebih nak update sepanjang LM. Buzy plus kemalasan menyebabkan blog tersayang nie bersawang. Update pun sebulan sekali. Balik tiap2 hari dah penat dh, malam buat persediaan utk kelas esok. Sabtu hari berehat. Ahad pulun balik planning untuk seminggu lagi.. Adoi.. Kadang rasa salah pilih laluan plak... Tak boleh.. Tak boleh.. Kena redha. Chaiyokk!!

Eh! Eh! Bukan nak sembang ttg merungut nie. Nak cerita Sabtu lepas 6 Sept 2014, skolah tempat cheq LM nie buat Hari Keluarga. So, cikgu-cikgu praktikal nie laa yang menjadi AJK nya. Cheq jadi AJK Kebersihan. Bersih laa sangat kan..

Okay Hari Keluarga nie dibuat di Putri Ayu Chalet (+ kem), Yan, Kedah. Jauh tu.. Takda laa jauh sangat pun. So, cheq ikut 2 org praktikal seni then konvoi dengan 2 orang lagi praktikal BM yang tumpang kereta cikgu sorang nie. Masuk Tol Bertam, keluaq Tol Sungai Petani Selatan. Aku buka WAZE. Waze nie mcm GPS laa.. Tunjuk jalan. Cer cari kat Google Apps Store.

Tolak awal2 pagi dalam 7 hingga 7.30. So sampai kat chalet tu 8.30 pagi. Cuaca plak hujan, lebat plak tu. Dok pikir laa macam mana nak buat aktiviti. Alhamdulillah hujan berenti lepas tu.. Buat macam-macam aktiviti, Untuk kanak-kanak laa, cikgu-cikgu ikut jabatan dan juga staff skolah. Mana boleh lupakan staff skolah kan..Kanak-kanak laa paling suka. Semua aktiviti depa nak main. Suka tgk depan dapat main. Memang meriah laa..

Untuk makan ada laa ikan bakaq, kami nie yang AJK nak pi makan, pinggan xda, dah abis.. Nak wat macam mana sibuk uruskan game. Takpa.. Kambing panggang ada.. Bila siap kambing panggan, kami cepat-cepat serbu, hahaha... Masa tu pun makanan tengahhari pun dah siap. Apalagi, ngap laa.. Lapaq kot..

Lepas makan tu, penyampaian hadiah.. Suka tengok budak-budak dapat hadiah. Ada kaler pensil, kotak pensil, dan pensil. Hadiah untuk guru-guru n staff dapat tupperware.. haha.. Ok pa... Abis jaa penyampaian hadiah geng2 kami nie terus cabut blah. Tak larat dah nak dok, pukul 1.30 dah. So, group aku jalan dulu, aku n 2 budak seni. Apalagi buka WAZE laa.. Hahaha.. Dah boleh jalan jauh dah.. Mentang-mentang ada Waze..

Sampai umah dekat-dekat pukul 3.. Sepanjang program tu x sempat nak amik gambar.. H/P charge, Guna waze memang makan batery banyak, Guna internet kan. Naseb bek memang dah lama beli PowerBank.. Hee.. Yang guna SmartPhone tu, beli laa PowerBank.

Ok, lain kali cerita lagi!
(Amboi, mentang2 lama x update blog, habis cerita panjang.)


No comments:

Post a Comment