Saturday, 13 September 2014

Giveaway Merdeka 57 by Mawar Biru

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Giveaway sempena Kemerdekaan...


Saya menghargai kemerdekaan dengan cara menyematkan rasa cinta akan negara dalam hati. Menjadikan kisah sejarah Malaysia sebagai pedoman, agar ianya tidak akan berulang lagi dan menginginkan agar sentiasa maju. Menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn yang berusaha menuntut kemerdekaan negara kita. Saya menharapkan agar negara kita sentiasa aman, makmur dan harmoni tanpa ada sebarang kekacauan tidak kira dari segi politik, ekonomi dan lain-lain. Semoga kesemua masalah yang dihadapi oleh negara kita, dapat diselesaikan dengan segera dan Malaysia terlindung daripada ancaman luar mahupun dalaman. Moga institusi kesultanan kekal, dan Malaysia kekal menjadi negara Islam.


Lagu Keranamu Malaysia

Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Keranamu negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia!

..:: Malaysia Di Hati Ku ::..

4 comments:

  1. All the best, dik.
    Akak datang sini membalas kunjungan :)

    ReplyDelete
  2. adik akak tag untuk liebster award

    ReplyDelete
  3. singgah dari segmen yang sama

    http://eurukaseven.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

    ReplyDelete