Friday, 10 January 2014

NIKAH KHITBAH

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam Jumaat semua..

Hari ini aku nak berkongsi ilmu tentang Hukum Nikah Gantung..

Nikah Gantung dalam bahasa Arab disebut "NIKAH KHITBAH" dan hukumnya adalah HARUS.

Nikah Gantung bermaksud pernikahan diantara pasangan pengantin yang tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan. Ini bermakna, si isteri masih berada di bawah tanggungan bapanya selama tempoh nikah gantung ini.

Nikah gantung juga mengadakan "Majlis Akad Nikah" yang harus mereka ikuti sebagaimana perkahwinan biasa dilakukan. Syarat SAH di dalam rukun-rukun perkahwinan seperti pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua orang saksi dan akad (Ijab dan Kabul) serta mas kahwin.

Nikah Gantung menangguhkan "Majlis Kenduri Kahwin (WalimatulUrus)" dan penangguhan kenduri kahwin tersebut kadang-kadang menjangkau bertahun-tahun lamanya.

Sebab-sebab NIKAH GANTUNG dilakukan:-
    1. Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup rumah tangga seperti sewa rumah, pakaian dan sebagainya.
    2. Pasangan suami isteri masih belajar dan menuntut.
    3. Pasangan masih belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya di dalam menunaikan tanggungjawab berumah tangga.

Setelah Majlis Akad Nikah berlangsung, pasangan suami-isteri tidak akan tinggal bersama, dimana mereka akan tinggal di rumah ibu bapa masing-masing sehingga bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

Tujuan utama "Nikah Gantung" ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya perzinaan dan lahirnya anak luar nikah. Apabila pasangan telah sah menjadi suami isteri dari segi nikah gantung, hukum pergaulan antara mereka sama seperti suami isteri yang lain (bukan nikah gantung). Mereka boleh bertemu, berdating dan bermesra. Sekiranya lahir anak semasa tempoh nikah gantung, anak itu adalah "SAH" hukumnya.

Walaupun mereka Nikah Gantung, mereka adalah pasangan suami isteri yang SAH disisi Agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

~Salam Hadrah~


Video Ustaz Azhar tentang Nikah Khitbah 

No comments:

Post a Comment